Speech by Associate Professor Muhammad Faishal Ibrahim, Parliamentary Secretary, Ministry of Health, at Makan dengan sihat, kembalilah kepada asas (Eat healthy, go back to basics) at Khoo Teck Puat Hospital, 22 August 2015
22 August 2015
This article has been migrated from an earlier version of the site and may display formatting inconsistencies.
Speech delivered in Malay
Pengenalan
Selamat Pagi. Saya gembira berada di forum pemakanan pada hari ini dan melihat begitu ramai yang hadir. Dengan meluangkan pagi Sabtu anda di acara ini, menunjukkan bahawa anda komited untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
2 Seperti yang difahami daripada tajuk forum ini, kita berada di sini untuk bercakap tentang makanan. Ramai yang sudah maklum bahawa rakyat Singapura gemarkan hidangan yang lazat. Sekali-sekala, saya sendiri gemarkan sepinggan Nasi Briyani dan Durian. Makanan adalah sesuatu yang penting dan dihargai dalam budaya Melayu malangnya, hubungan kita dengan makanan ternyata menyebabkan masalah kesihatan. Saya akan mengulas lanjut apa yang saya maksudkan.
Kesan daripada gaya hidup yang tidak sihat
3 Di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), lebih daripada satu dalam empat (27.8%) orang pesakit yang mengalami serangan jantung serius pada tahun lepas (2014) berusia di bawah 50 tahun. Hampir semua daripada mereka adalah kaum lelaki, kebanyakannya mempunyai anak dan/atau ibu bapa untuk disara. Bagi sesetengah pesakit, kesedaran tentang impak kesihatan yang kurang baik terhadap keluarga mereka timbul apabila mereka mengalami sakit dada dan dimasukkan ke hospital. Contohnya, Encik Mohd Redzhan Bin Sypawai. Beliau telah dimasukkan ke KTPH selepas mengalami serangan jantung. Semasa di hospital, beliau terfikir tentang isteri dan empat orang anaknya lantas berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Sepanjang tempoh tujuh bulan yang lalu, beliau berjaya menurunkan 10kg melalui senaman dan makan secara sihat. Bapa berusia 46 tahun ini adalah bukti bahawa dengan tekad dan sokongan keluarga, tidak mustahil untuk menurunkan berat badan, menjadi cergas dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan.
4 Encik Mohd Redzhan ternyata satu inspirasi, tetapi saya menggesa anda mengubah gaya hidup sebelum anda dan keluarga mengalami masalah jantung. Lebih setengah daripada pesakit serangan jantung di KTPH mempunyai kolesterol tinggi. Tahap kolesterol 'kurang baik' yang terdapat di dalam darah boleh membawa kepada pembentukan darah beku yang boleh membuat saluran darah tersumbat. Apabila saluran darah tersumbat sehingga darah tidak dapat mengalir, pesakit akan mengalami serangan jantung. Apakah pula yang menyebabkan kolesterol ‘kurang baik’ tinggi? Terlalu banyak makan makanan yang berlemak dan kurang bersenam. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.
Mengubah tabiat makan
5 Salah satu masalah terbesar adalah makanan kita terlalu lazat! Makan adalah kegiatan kegemaran di negara kita dan ia adalah bahan utama dalam acara sosial. Bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi keluarga Melayu untuk menghadiri dua atau tiga majlis perkahwinan pada hujung minggu, setiap satu dengan hidangan makanannya yang enak-enak belaka. Walaupun kita gemar memakan hidangan yang disediakan, makan dengan berlebihan kurang baik dalam jangka masa panjang. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh menikmati makanan sebegitu langsung, tetapi keseimbangan perlu dikekalkan demi kesihatan. Bak kata pepatah, segalanya dalam kesederhanaan.
Makan makanan yang sihat apabila di luar
6 Majlis perkahwinan tidak berlaku setiap hari, namun tiga daripada lima orang warga Singapura makan sekurang-kurangnya sekali di luar setiap minggu. Pada bulan Jun tahun lalu (2014), Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) telah melancarkan Program Makan Dengan Sihat dan bekerjasama dengan pusat makanan dan minuman untuk menawarkan makanan yang lebih sihat kepada rakyat Singapura apabila mereka makan di luar. Hari ini, 38 buah pusat makanan seperti Swensens, Pizza Hut, Fish & Co dan Pastamania menawarkan rakyat Singapura pilihan yang lazat dan sihat seperti hidangan 500 kalori dan makanan yang disediakan mengguna bijirin penuh atau minyak yang lebih sihat, lebih daripada 1,130 buah cawangan di seluruh Singapura. Pilihlah makanan yang lebih sihat ini apabila anda makan di luar.
Makan secara sihat apabila di rumah
7 Saya terharu melihat begitu ramai wanita yang hadir pada hari ini kerana biasanya di rumah, andalah yang bertanggungjawab di dapur. Kita maklum bahawa kebanyakan orang makan sekurang-kurangnya satu hidangan sehari di rumah. Maka itu, bahan-bahan yang digunakan haruslah yang sihat dan berkualiti. Bulan lepas (Julai), HPB telah melancarkan kempen “Membeli-belah Secara Sihat. Raih Yang Terbaik Daripada Kehidupan” yang fokus kepada membantu rakyat Singapura membuat pilihan yang lebih sihat apabila menyediakan makanan yang dimasak di rumah. HPB telah bergabung tenaga dengan rangkaian pasar raya dan pengeluar makanan yang utama untuk mempromosikan produk makanan dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat (HCS) di 235 buah cawangan Cold Storage, FairPrice, Pasar Raya Prime dan Pasar Raya Sheng Siong untuk menggesa rakyat Singapura agar membuat pilihan yang termaklum dan lebih sihat semasa membeli barangan runcit.
8 Selain itu, forum pada hari ini menjadi pelengkap kepada kempen “Membeli-belah Secara Sihat. Raih yang Terbaik Daripada Kehidupan” kerana anda akan pelajari cara membaca label pemakanan di bungkusan makanan dan mengenal pasti produk dengan HCS. Pilihlah produk-produk HCS apabila anda membeli-belah barangan dapur.
9 Langkah seterusnya, adalah untuk menggunakan bahan-bahan tersebut di dalam masakan anda. Saya tahu ada di antara anda yang sukar mempercayai bahawa hidangan sihat juga boleh sesedap resipi biasa anda, tetapi tukang masak di KTPH menyakinkan saya bahawa mereka mempunyai resipi-resepi yang dapat melakukannnya. Malah, pakar pemakanan dan chef hospital akan memberi anda peluang untuk merasa makanan-makanan ini sebagai bukti!
10 Bertukar kepada makanan yang lebih sihat adalah satu perjalanan yang perlu diambil bersama sebagai sebuah keluarga. Memasak hidangan lazat yang menggunakan bahan-bahan seperti minyak yang lebih sihat, bijirin penuh, gula dan garam yang sedikit sahaja untuk semua ahli keluarga akan memudahkan semua orang supaya komited kepada gaya hidup yang lebih sihat dan untuk menyokong satu sama lain. Untuk memudahkan anda membawa pulang resipi-resepi ini, KTPH akan melancarkan buku masakan dwibahasa dalam Bahasa Melayu / Inggeris pada hari ini yang ia telah hasilkan dengan sokongan daripada HPB. Resipi-resepi telah disumbangkan oleh chef dan pakar pemakanan KTPH dan anda semua akan diberikan satu naskah buku tersebut.
Memupuk tabiat yang sihat dalam generasi akan datang
11 Saya pasti sesetengah daripada anda di sini merupakan ibu bapa. Dan, sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk mereka. Hidup secara sihat adalah penting dalam proses ini. Salah satu cara kita boleh melakukannya adalah dengan mengajar anak-anak kita untuk menghargai makanan yang sihat, oleh kerana deria rasa terbina sejak kecil.
12 Oleh itu, kita perlu mengajar anak-anak kita agar tidak terbiasa dengan makanan yang memounyai kandungan gula dan garam yang tinggi. Sebagai contoh, anda boleh mengurangkan garam dalam masakan anda, dan tidak memberikan anak-anak anda minuman yang manis. Berikan mereka air putih. Menyemai tabiat makan yang sihat bermula daripada usia yang muda, dan kita akan mendapat manfaatnya di kemudian hari apabila mereka dewasa. Seperti kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Amalkan Gaya Hidup Aktif
13 Jika kita inginkan anak-anak kita membesar dengan sihat dan dengan harapan mereka dapat memberikan kita cucu di masa akan datang, kita juga perlu kekal sihat! Untuk kekal sihat apabila kita semakin berusia, kita perlu fokuskan bukan sahaja kepada apa yang kita makan, tetapi juga melakukan lebih banyak senaman. Seperti kebanyakan orang, saya menjalani kehidupan yang sibuk, mengimbangi kerja dan keluarga. Saya tidak mahu menghabiskan masa berjam-jam di gym bila saya dapat menghabiskannya bersama anak-anak saya, jadi kami cuba melakukan aktiviti bersama-sama. Sebagai contoh, saya membawa anak-anak saya berbasikal di penyambung taman. Ia adalah satu cara yang baik agar kita semua kekal sihat dan berseronok.
14 Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa aktiviti fizikal tidak terhad kepada senaman di gym dan berlari di atas treadmill. Sebaliknya, ia adalah tentang memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan gaya hidup anda yang akan membuat anda lebih banyak bergerak, seperti memilih jalan pulang yang lebih jauh selepas menghantar anak-anak ke sekolah, atau bermain bola dengan anak-anak anda di Taman Sembawang sebelum menghidupkan api barbeku. Ini adalah langkah-langkah mudah yang boleh memberikan perubahan besar.
15 Sebenarnya, ia sangat berpatutan untuk kekal aktif dengan ActiveSG, sebuah gerakan nasional untuk sukan. Rakyat Singapura dan Penduduk Tetap diberi keahlian seumur hidup secara percuma dan diberi kredit $100. Kredit ini boleh digunakan untuk membayar tiket masuk ke kolam renang awam, gym-gym MyActive dan untuk menempah kemudahan seperti gelanggang badminton dan kursus. Jika anda belum lagi mempunyai akaun, saya menggesa anda untuk mendaftar. Anda boleh memuat turun app ActiveSG, layari www.myactivesg.com atau mendaftar di semua pusat sukan ActiveSG. Sebahagian daripada pakej warga emas SG50, rakyat Singapura dan Penduduk Tetap yang berusia 55 tahun ke atas akan mendapat $25 nilai kredit tambahan jika anda mendaftar sebelum 31 Disember 2015.
Kesimpulan
16 Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan mengucapkan selamat kepada anda semua dalam perjalanan menuju kesihatan yang baik. Dengan memutuskan untuk hadir pada hari ini, anda telah mengambil langkah yang pertama. Anda mungkin menghadapi sedikit cabaran, tetapi jika kita memberikan sokongan kepada satu sama lain dan mengambil kesempatan daripada nasihat serta program-program yang disediakan, bersama-sama kita boleh membina sebuah masyarakat yang lebih sihat.
English Translation of Speech
Introduction
Good morning. I am happy to be here today at this nutrition forum and to see so many people in the audience. By spending your Saturday morning at this event, it shows you are committed to leading a healthier lifestyle.
2 As can be understood from the title of this forum, we are here to talk about food. It is well-known that Singaporeans enjoy a good meal. I myself enjoy a nice plate of Nasi Briyani and Durian once in a while. Food is an important and treasured part of Malay culture but unfortunately, our love affair with food is literally causing heart break. I will elaborate further as to what I mean by this.
Impact of an unhealthy lifestyle
3 Here at Khoo Teck Puat Hospital (KTPH), more than one in four (27.8%) patients who had a serious heart attack last year (2014) were aged under 50 years old. Nearly all of them were men, most of whom have children and/or parents to support. For some patients, chest pains and hospitalisation are a major wake up call to the impact poor health has on their families. Mr Mohd Redzhan Bin Sypawai is one such patient. He was admitted to KTPH after having a heart attack. While in hospital, he thought of his wife and four children and he made a decision to commit to a healthier lifestyle. Over the past seven months he has lost 10kg through exercise and healthy eating. The 46-year-old is proof that with family support and determination, it’s possible to lose weight, get fit and have more energy to enjoy life.
4 Mr Mohd Redzhan is an inspiration, but we should all make the change to healthier lifestyles before we and our families have heart problems. More than half of the heart attack patients at KTPH have high cholesterol. The presence of high levels of ‘bad’ cholesterol in the blood can lead to the formation of clots which will clog the arteries. When the arteries are clogged to the point that blood cannot flow, the patient will then suffer from a heart attack. What, then, causes high levels of ‘bad’ blood cholesterol? An unhealthy diet and not enough exercise. Smoking also increases the risk of having a heart attack.
Changing eating habits
5 One of the biggest problems is that our food tastes too good! Eating is a national past-time and it’s a key ingredient of social events. During “wedding season”, it’s not uncommon for Malay families to attend two or three weddings in one weekend, each with a delicious spread of food. Although we definitely enjoy when we eat such dishes, we should remember that an over-abundance is not good for us in the long-term. I am not saying we must abstain from eating such foods altogether, but a better balance should be maintained for the sake of our health. As the saying goes, everything in moderation.
Eating well outside the home
6 Weddings don’t happen every day, but three out of five Singaporeans eat at least one meal outside the home every week. So in June last year (2014), the Health Promotion Board (HPB) launched the Healthier Dining Programme and partnered food and beverage partners to offer healthier meals for Singaporeans when they eat out. Today, 38 food establishments such as Swensens, Pizza Hut, Fish & Co and Pastamania are offering Singaporeans tasty and healthier options like 500-calorie meals and meals prepared with whole-grains or healthier oils, at more than 1,130 outlets across Singapore. Please look out for the healthier meals the next time you eat out.
Eating well inside the home
7 I’m heartened to see so many women here today because in most homes you’re the ones in charge of the kitchen. Most people are eating at least one meal a day at home. As such, the ingredients for our home-cooked meals should be healthy and of good quality. Last month, HPB launched the "Shop Healthy. Get More From Life" campaign which focuses on helping Singaporeans make healthier choices when preparing home-cooked meals. Joining forces with our major supermarket chains and food manufacturers, food products with the Healthier Choice Symbol (HCS) will be actively promoted at 235 Cold Storage, FairPrice, Prime Supermarket and Sheng Shiong supermarket outlets to nudge Singaporeans to make informed, healthier choices when grocery shopping.
8 Additionally, today’s forum complements the “Shop Healthy. Get More From Life” campaign as you will be learning how to read nutritional labels on food packets and how to identify products with the HCS. Please look out for the HCS products the next time you go grocery shopping.
9 The next step of course, is to incorporate such ingredients into your cooking. I know some of you find it hard to believe that healthy dishes taste as good as your regular recipes, but the chefs of KTPH have assured me that they have recipes that do. In fact, the hospital’s dietitians and chefs will be doing food tasting with you later to prove it!
10 Switching to healthier meals is a journey to be taken together as a family. Cooking tasty dishes that use ingredients such as healthier oils, wholegrains, minimum sugar and salt for all the family will make it easier for everyone to commit to a healthier lifestyle and to support each other. To make it easier for you to bring the recipes home, KTPH is launching a bilingual cookbook in Malay / English today which it has produced with support from HPB. The recipes are contributed by the chefs and dietitians of KTPH and you will all be given a copy.
Instilling healthy habits in the next generation
11 I am sure some of you here are parents and as parents, we want the best for our children. Living healthily is an important part of this process. One of the ways we can do this is to teach children how to appreciate healthy meals, as taste is developed from young.
12 We therefore need to teach our young ones not to get accustomed to foods high in sugar and salt. For example, you can reduce the salt in your cooking, and don’t give your children sugared drinks. Stick to plain water. We should aim to inculcate a taste for healthier food in them at a young age, and we will reap the benefits later when they grow up. As the saying goes “to bend the bamboo stem, do it when it is still a shoot”.
Getting active
13 If we want our children to grow up healthy and hopefully give us grandchildren in the future, we need to remain healthy as well! To remain healthy as we age, we need to focus not just on what we eat, but also on doing more exercise. Like many of us, I lead a busy life, juggling work and family. I don’t want to spend hours in the gym when I could be spending time with my children, so we try to do activities together. For example, I take my children cycling along the park connectors. It’s a great way for us all to get fit and have fun.
14 Here, I would like to clarify that physical activity is not limited to going to the gym and running on treadmills. Rather, it’s about choosing activities that fit your lifestyle that will make you move more, such as taking a longer walk home after dropping the kids at school, or kicking a ball with your children at Sembawang Park before firing up the barbecue. These are simple steps that make a big difference.
15 In fact, getting fit is now more affordable with ActiveSG, the national movement for sport. Singaporeans and Permanent Residents are entitled to a free lifetime membership, and will receive a one-time ActiveSG $100 upon sign-up. These credits can be used towards admission to ActiveSG swimming complexes and gyms, and booking of facilities such as badminton courts and courses. If you haven’t signed up, I urge you to do so. You can download the ActiveSG app, sign up online at www.myactivesg.com or register in person at all ActiveSG sports centres. As part of the SG50 Seniors Package, Singaporeans and Permanent Residents aged 55 years old and above will receive an additional ActiveSG $25 when you sign up before 31 December 2015.
Conclusion
16 I would like to end my speech by wishing you all well on your journey to good health. By deciding to come here today, you have already taken your first steps along this road. You may hit some road bumps along the way, but if we support each other and take advantage of the advice and programmes that are available, together we can build a healthier community.