Opening remarks by A/Prof Muhammad Faishal Ibrahim, Parliamentary Secretary (Health) at the Berita Harian Health Forum, 25 May 2014
25 May 2014
This article has been migrated from an earlier version of the site and may display formatting inconsistencies.
Associate Professor Thomas Lew, Chairman, Medical Board, Tan Tock Seng Hospital,
Saat Rahman, Editor, Berita Harian,
Distinguished Guests,
Ladies and Gentlemen.
Good afternoon,
1 I am very happy that you have taken the time to attend this event today. This shows that you care about your health and the health of your loved ones. It is important that we stay healthy to lead a meaningful and happy life with our families.
2 Even as Singapore is ranked as the world’s healthiest country according to a Bloomberg study in 2012, we need to realise that chronic diseases are on the rise. Our society has also one of the fastest ageing populations.
3 So it is important for us to stay healthy. My Ministry, together with the Health Promotion Board and other government agencies, healthcare institutions, private and people sector partners, including friends from the media like Berita Harian, are working closely to promote the importance of a healthy lifestyle. A healthy lifestyle includes regular physical activity, a nutritious and balanced diet, staying smoke-free, maintaining our mental wellness and going for regular health screenings and undergoing appropriate follow-ups after health screenings.
4 Last month, my Ministry unveiled the Healthy Living Master Plan, which seeks to bridge connections between different stakeholders, and to ensure that Healthy Living is natural and effortless for all. That means, Healthy Living Every Day! It is my sincere hope that all Singaporeans will lead healthy and active lives.
5 We are committed to helping Singaporeans make healthier choices their default choices. This means making sure that healthy choices are the easy choices in the key settings of Workplace, Community and Schools. We have started work in these settings, and responses have been good. For example, in the Healthy Community Ecosystems in the Sembawang and Chua Chu Kang constituencies - covered walkways, healthier food options around the neighbourhood and visual cues nudge residents to take the stairs instead of the lift, thus giving residents easy and convenient access to healthy lifestyle options at their doorstep.
6 At the first Healthy Workplace Ecosystem at the Mapletree Business City, more workers are consciously choosing healthier food options and incorporating physical activity into their post-work routine. Currently, there are four active running groups and in the past five months, more than 1,000 attendees have participated in physical activity sessions such as i-RUN and Sunrise in the City.
7 For the Malay community, we have introduced an exclusive Malay calendar. Titled “Good Health, Better Life” (Kesihatan Baik, Kehidupan Lebih Sihat), this calendar is designed especially to help meet the health needs and interests of busy Malay women and their families. This pictorial calendar has many cost-saving health tips (e.g. going for regular health screening to save on long-term medical costs), exciting healthier recipes as well as a directory of numbers to call for social and financial help. The calendar also contains a wide range of topics from nutrition during the fasting month, to regular health screening and reproductive health, packaged in an attractive, easy-to-use format. I understand that the response to the calendar has been very good.
8 We have been partnering mosques to run health promotion initiatives. Moving forward, we will provide a holistic health programme at 10 mosques that includes health screening, physical activity and smoking cessation.
9 We will continue to introduce more options and initiatives to make a healthier lifestyle a routine lifestyle for everyone.
10 I am pleased to note that today, we have Dr Melanie Seah, Consultant, Breast Clinic, Tan Tock Seng Hospital (TTSH), Dr Dewi Norwani Basir, Registrar, Gastroenterology Department, TTSH, and Dr Elly Sabrina Bte Ismail, General Practitioner, Banyan Clinic, here. They will share with you on a range of health topics. They will also be taking questions later in the Q&A session. Please use this opportunity to ask questions, and clarify any doubts that you may have on maintaining good health. I am also pleased to note that TTSH is providing health screenings just outside this Theatrette after the health talks.
11 The Health Behaviour Surveillance Survey (HBSS) 2013 showed that 33% of Malay women aged 50 to 69 years, underwent mammography within the past two years. This is an improvement from the 24% in HBSS 2011. According to the HBSS, 18% of Malays between 50 to 69 years underwent colorectal cancer screening in 2013. This is also an improvement from the 14% in HBSS 2011. Although the screening rates have increased over the last three years, there is still room for greater improvement.
12 So besides talking about health today, I would like to encourage all of you to “walk the talk”, and take action by going for health screenings and following up after the screenings too. It is only when all of us take concerted action to lead a healthy lifestyle that we will see results.
13 In conclusion, I would like to thank the organising committee and all our partners in making this event a reality. Without further ado, let’s begin our Healthy Journey with today’s Health Forum! Thank you.
------------
Malay version
Profesor Madya Thomas Lew, Pengerusi, Lembaga Perubatan, Hospital Tan Tock Seng,
Saat Rahman, Editor, Berita Harian,
Dif-dif Terhormat,
Tuan-tuan dan Puan-puan.
Selamat petang,
1 Saya amat gembira bahawa anda telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini pada hari ini. Ini menunjukkan bahawa anda mengambil berat terhadap kesihatan anda serta kesihatan orang-orang yang anda sayangi. Adalah penting bahawa kita memelihara kesihatan kita untuk menjalani kehidupan yang penuh erti dan bahagia dengan keluarga kita.
2 Walaupun Singapura ditarafkan sebagai di antara negara yang paling sihat di dunia mengikut sebuah kajian Bloomberg pada 2012, kita perlu sedar bahawa penyakit-penyakit kronik sedang meningkat. Masyarakat kita juga mempunyai satu daripada penduduk yang paling cepat menua.
3 Oleh itu adalah penting bagi kita mengekalkan kesihatan. Kementerian saya, bersama Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan agensi-agensi pemerintah lain, institusi-institusi penjagaan kesihatan, rakan-rakan sektor swasta dan sektor rakyat, termasuk rakan-rakan dari media seperti Berita Harian, sedang bekerja rapat untuk mempromosi peri pentingnya gaya hidup sihat. Sebuah gaya hidup sihat termasuk aktiviti fizikal yang tetap, pemakanan berkhasiat dan seimbang, kekal tidak merokok, memelihara kesejahteraan mental kita dan menjalani pemeriksaan kesihatan tetap dan melakukan langkah susulan yang wajar selepas pemeriksaan kesihatan.
4 Bulan lalu, Kementerian saya telah mengumumkan Pelan Induk Kehidupan Sihat, yang berusaha untuk merapatkan hubungan antara pemegang-pemegang kepentingan yang berlainan, dan untuk memastikan bahawa Kehidupan Sihat adalah suatu yang semula jadi dan mudah bagi semua. Ertinya, Hidup Sihat Setiap Hari! Saya sangatlah berharap agar semua rakyat Singapura akan menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.
5 Kami komited untuk membantu rakyat Singapura membuat pilihan-pilihan yang lebih sihat sebagai pilihan-pilihan tetap mereka. Ini bermakna memastikan bahawa pilihan-pilihan sihat adalah pilhan-pilihan yang mudah dalam setting-setting utama Tempat Kerja, Masyarakat dan Sekolah. Kami telah mula kerja dalam setting-setting ini, dan sambutannya baik. Umpamanya, dalam Ekosistem Masyarakat Sihat di kawasan undi Sembawang dan kawasan undi Chua Chu Kang – laluan-laluan berbumbung, pilihan makanan yang lebih sihat di sekitar kejiranan dan tanda-tanda ingat visual mendorong penduduk untuk menggunakan tangga dan tidak lif, dengan itu memberi penduduk akses yang mudah kepada pilihan-pilihan gaya hidup sihat dekat dengan rumah mereka.
6 Di Ekosistem Tempat Kerja Sihat yang pertama di Bandar Bisnes Mapletree, lebih banyak pekerja secara sedar memilih pilhan-pilihan makanan yang lebih sihat dan menerapkan aktiviti fizikal ke dalam rutin selepas kerja mereka. Dewasa ini, terdapat empat kumpulan berlari yang aktif dan dalam tempoh lima bulan yang lalu, lebih 1,000 orang telah mengambil bahagian dalam sesi aktiviti fizikal seperti i-RUN dan Sunrise in the City.
7 Bagi masyarakat Melayu, kami telah mengenalkan sebuah kalendar Melayu eksklusif. Berjudul “Kesihatan Baik, Kehidupan Lebih Sihat, kalendar ini diusahakan khusus untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kepentingan wanita Melayu yang sibuk dan keluarga mereka. Kalendar bergambar ini mempunyai banyak tips kesihatan yang menjimatkan kos (misalnya melakukan pemeriksaan kesihatan yang tetap untuk menjimatkan kos perubatan pada jangka panjang), resipi-resipi lebih sihat yang mengujakan serta senarai nombor telefon untuk mendapatkan bantuan sosial dan kewangan. Kalendar ini juga mengandungi pelbagai topik dari pemakanan berkhasiat dalam bulan puasa, kepada pemeriksaan kesihatan yang tetap dan kesihatan penzuriatan, yang dipakej dalam bentuk yang menarik dan mudah digunakan. Saya dapat tahu bahawa respons kepada kalendar ini sangatlah baik.
8 Kami telah bekerja rapat dengan masjid-masjid untuk mengendali inisiatif-inisiatif promosi kesihatan. Bergerak ke depan, kami akan menyediakan program kesihatan holistik di 10 buah masjid yang termasuk pemeriksaan kesihatan, aktiviti fizikal dan penghentian merorok.
9 Kami akan terus mengenalkan lebih banyak pilihan dan inisiatif untuk menjadikan gaya hidup lebih sihat sebagai satu rutin gaya hidup untuk setiap orang.
10 Saya berbesar hati untuk mendapati bahawa pada hari ini, kita mempunyai Dr Melanie Seah, Konsultan, Klinik Payudara, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Dewi Norwani Basir, Pendaftar, Jabatan Gastroenterologi, TTSH, dan Dr Elly Sabrina Bte Ismail, Doktor Umum, Banyan Clinic, di sini. Mereka akan berkongsi dengan anda mengenai pelbagai topik kesihatan. Mereka akan juga menjawab pertanyaan kemudian dalam sesi soal jawab. Harap gunakan peluang ini untuk mengajukan pertanyaan, dan menjelaskan sebarang keraguan anda berhubung cara untuk memelihara kesihatan yang baik. Saya juga gembira untuk menyatakan bahawa Hospital Tan Tock Seng menyediakan pemeriksaan kesihatan di luar Teatret ini selepas ceramah kesihatan.
11 Tinjauan Pengawasan Kelakuan Kesihatan 2013 menunjukkan bahawa 33% wanita Melayu berumur 50 hingga 69 tahun, telah menjalani mammografi dalam masa dua tahun yang lalu. Ini adalah satu pembaikan daripada 24% dalam tinjauan yang sama pada 2011. Menurut tinjauan ini, 18% orang Melayu dari umur 50 hingga 69 tahun telah menjalani pemeriksaan barah kolorektal pada 2013. Ini juga satu pembaikan daripada 14% dalam tinjauan 2011. Walaupun kadar pemeriksaan telah meningkat dalam masa tiga tahun yang lalu, masih ada ruang lagi untuk pembaikan yang lebih besar.
12 Oleh itu, selain berbicara tentang kesihatan pada hari ini, saya ingin menggalakkan anda semua untuk ‘mengotakan apa yang dikatakan’, dan mengambil tindakan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan dan juga mengambil langkah susulan selepas pemeriksaan. Hanyalah apabila kita semua mengambil tindakan sepadu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat barulah kita akan melihat hasilnya.
13 Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan semua rakan kami kerana membuat acara ini satu realiti. Tanpa berlengah lagi, marilah kita mulakan Perjalanan Kesihatan kita dengan Forum Kesihatan! pada hari ini. Terima kasih.
----------------